*PERIKATAN NASIONAL KECEWA?*
Kalau nak kira kecewa, ini *antara tindakan orang* yang dikatakan *kecewa dengan PM dari UMNO.*
1. *Ogos 2020* – Secara tiba-tiba *tubuhkan Perikatan Nasional* dengan PAS yang sebelumnya bersama UMNO dalam MN (pada waktu itu masih rancak)
2. *Ogos 2020 – *Tuntut bertanding 45 kerusi semasa PRN Sabah* (daripada 73 jumlah kerusi DUN). Bila tak dapat, letak calon bebas berdepan dengan Barisan Nasional.
3. *Oktober 2020* – Cuba *isytihar darurat tanpa sebarang perbincangan* bersama parti komponen dalam Kerajaan.
4. *Semenjak PRU14* – *Curi Ahli Parlimen UMNO dan Ahli UMNO.*
5. *Februari 2021* – *Ahli MPT Bersatu minta UMNO dedah perbincangan Mesyuarat MKT.*
6. *Jun 2021* – Pemuda PN membuat kenyataan bahawa Ketua Pemuda UMNO letak otak kat lutut.
7. *Oktober 2021* – Timbalan Presiden PPBM berkata *keputusan UMNO untuk tidak kerjasama dengan Bersatu adalah pandangan peribadi* beberapa pemimpin. Sedangkan itu keputusan akar umbi.
8. *Januari 2022* – Ketua Penerangan Bersatu kata UMNO rakus kerana membubar DUN Johor. *PPBM setiap minggu menganggu urusan Kerajaan negeri.*
9. *Januari 2022* – Timbalan Pengerusi PN & Presiden PAS *gelar UMNO sebagai itik patah kaki.*
10. *Januari 2022* – Mokhtar Senik kata *tiada pawang yang mampu merawat UMNO.*
11. *Mei 2022* – Pengerusi PN Kedah *berkata bahawa kerjaya politik Presiden UMNO sedang nyawa nyawa ikan.*
12. *Mei 2022* – Tan Sri Muhyiddin Yassin mendakwa *Presiden UMNO minta beliau campur tangan dalam kes mahkamah beliau yang jelas hanya satu cerita rekaan.*
13. *Mei 2022* – Ketua Penerangan PAS berkata *bahawa Presiden UMNO menolak MN* apabila UMNO enggan terima Bersatu tetapi *PAS masih memaksa UMNO terima.*
14. *Jun 2022* – *Pengerusi PN Kedah sekali lagi menyerang UMNO* dengan mengatakan bahawa Presiden UMNO takut dipenjara. *Walhal serangan ini hanya kerana UMNO tetap berpendirian tidak mahu bersama PN.*
15. *Julai 2022* – *Tuntut jawatan TPM* dalam keadaan di mana negara sedang berhadapan dengan isu inflasi. *Pengerusi MPN buat apa? Tuntut jawatan.*
16. *Hari ini, *setelah pelbagai aksi, tindakan* dan kenyataan mencemuh BN, – tiba-tiba *PN hendak kata dia yang kecewa??*
Kalau kerana soal jawatan pun boleh kecewa, agaknya apa perasaan PN selepas PRU15 nanti? Gembira?
*SHAHRIL HAMDAN*
#SambungYangTergendala
https://www.facebook.com/100044484521900/posts/pfbid02gL4LEUaLCgqBmXqsJxvApo87AkbZA7qthBmoqwv5uPPoJxEKRzvTCrDrt5ki7jp6l/?d=n
